Páginas

Monday 10 October 2016

Mohd Fuad Menjuarai Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu

Aminudin Ismail  Sunday, October 09, 2016

Barisan pemenang bergambar selepas Kejohanan Kuda lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu 2016 di Lembah Bidong, Setiu, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail 
*****
Mohd Fuad Hashim membawa pulang  RM10,000, piala dan medal selepas dinobatkan menjuarai kategori Individu 80 kilometer Kejohanan Kuda lasak Piala Yang DiPertuan Muda Terengganu 2016 di Lembah Bidong, Setiu, semalam.


Fuad yang mewakili State of Endurance Team  (STET) menunggang kuda, Mora Mokaka berjaya menamatkan perlumbaan dengan kelajuan 19.865km/jam  menewaskan Mohd Asri Aziz dari Royal Terengganu Endurance Stable (19.446km/jam).

Manakalan tempat ketiga bagi kategori sama,  Mohd Suhairi Ramli juga dari STET.
Bagi kategori berkumpulan pula, dimenangi STET yang dianggotai Mohd Fuad Hashim, Ahmad Faizal Ahmad Fanizar, Mohd Adwa Embong dan Mohd Suhairy Ramli membawa pulang wang tunai RM7,500 dan medal.

Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan hadiah kepada Mohd Fuad 
Manakala tempat kedua dimenangi team Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) membawa pulang  wang tunai RM5,000 dan medal.
*****
Bagi kategori VIP kategori Ride 10 Kilometer, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman muncul juara selepas menewaskan 15 peserta lain, tempat kedua dimenangi, Tan Sri Dato’ Abdullah Taib manakala tempat ketiga, Faradiba Liana Nasir.

Hadiah pertandingan disampaikan, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Ahmad Razif dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Wan Ismail.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyaksikan pertandingan yang berlangsung selama dua hari itu.

teganukita.net/MJ

No comments:

Post a Comment