Páginas

Wednesday 26 October 2016

Terengganu Sedia 494 Pusat Permindahan Banjir

Suriati Ali  Wednesday, October 26, 2016

Wan Nawawi ketika mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT). Foto oleh Zulkifli C.W Putra
*****
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT)  menyediakan 494 Pusat Pemindahan Banjir di Terengganu yang mampu menempatkan 133,729  mangsa.


Kemudahan itu akan dibuka dan boleh digunakan mangsa banjir pada bila-bila masa sekiranya bencana banjir berlaku di kawasan yang sudah dikenalpasti.

Daripada jumlah itu, sebanyak 132 pusat adalah di Besut, Kemaman (80), Hulu Terengganu (87), Dungun (63), Kuala Terengganu (41), Setiu (35) dan Marang (53).

Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga pengerusi JPBNT, Dato’ Wan Nawawi Wan ismail berkata pihaknya kini giat melakukan pelbagai persiapan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi untuk menghadapi banjir dan  mengenal pasti 160 pangkalan hadapan untuk menyimpan bekalan.


Katanya, Jabatan Kebajkan Masyarakat  pula akan mula menghantar bekalan makanan awal bulan hadapan.

“Kita telah mengenal pasti pusat pemindahan yang akan dijadikan penempatan mangsa banjir dan turut mengadakan taklimat untuk petugas-petugas selain mengadakan program kesedaran bencana untuk komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana (Banjir) di Bilik Gerakan Banjir Negeri, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang ini.

Menurutnya, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM2 juta pada setiap tahun bagi tujuan itu, nilai yang sama turut diagih pada tahun ini dan berkemungkinan akan ditambah sekiranya berlaku banjir dalam tempoh lama.

“Peruntukan yang diagihkan itu akan disalurkan kepada pihak berkaitan untuk menyediakan pelbagai barangan keperluan mangsa bangjir, termasuk perubatan, makanan dan pelbagai kelengkapan di pusat pemindahan,” katanya.

teganukita.net/MJ

No comments:

Post a Comment