Páginas

Wednesday 26 October 2016

CCTV Dipasang Di Kompleks Seri Iman

Noraini Jusoh  Tuesday, October 25, 2016


Kerajaan negeri meluluskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di Kompleks Seri Iman Kuala Terengganu bagi meningkatkan tahap keselamatan kompleks itu secara menyeluruh.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, kelulusan pemasangan kemudahan itu oleh kerajaan negeri diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan Exco baru-baru ini, bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di kompleks kerajaan yang menempatkan Pejabat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Pejabat Daerah Kuala Terengganu.


Menurut beliau, sekiranya sesuatu kejadian tidak diingini berlaku, CCTV yang dipasang dapat dimanfaatkan untuk membantu polis mengesan penjenayah yang terbabit dalam setiap insiden.

 "CCTV ini tidak boleh pasang yang murah tetapi perlu yang berkualiti tinggi sepertimana yang dibuat Pihak Berkuasa Tempatan supaya keberkesanannya terjamin.

“Ini kerana, kita dapati CCTV yang dipasang di masjid-masjid negeri sebelum ini kurang berkesan apabila gambar yang dirakam kabur dan kurang jelas," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pegawai Dan Kakitangan JHEAT Tahun 2016 di Dewan Auditorium, Pusat Pentadbiran Islam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

Seramai 67 orang menerima penghargaan pada majlis yang disempurnakan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahim Jusoh.

Dalam pada itu katanya, JHEAT mengambil pendekatan lain termasuk penggunaan pintu automatik yang dipasang di tempat-tempat berisiko dalam bangunan tersebut.

No comments:

Post a Comment