Katanya, penilaian berkenaan dilakukan dengan mengambil kira skala antara satu hingga 10 dan kesedaran masyarakat berada pada tahap lima.
"Kita perlu tingkatkan kesedaran itu di kalangan mangsa yang berdaftar atau tidak berdaftar. Kerajaan menubuhkan Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) yang telah siap sedia 100 peratus dalam menghadapi apa-apa situasi bencana dalam negara.
"Bagaimanapun, kita mahukan respons daripada orang ramai supaya nanti apabila berlaku bencana, kita tidak mahu orang ramai hanya menjadi penonton apabila bantuan diberikan," katanya.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Shahidan Kassim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Rohani Abd Karim.
Tambahnya, SOP Kemaman Siap Siaga, satu program dalam inisiatif Komuniti Pintar Kemaman memenangi anugerah pada Sidang Kemuncak mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS) di Geneva tahun lalu.
teganukita.net/MJ
No comments:
Post a Comment