Páginas

Thursday 20 October 2016

Bajet 2017 Terus Utamakan Kesejahteraan Rakyat

Noraini Jusoh  Tuesday, October 18, 2016


Kesejahteraan rakyat akan kekal menjadi keutamaan kerajaan negeri, walaupun terpaksa mengurangkan perbelanjaan pada pembentangan Bajet 2017 yang akan dibentangkan 30 November ini.


Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata, walaupun negeri kini menghadapi kekurangan pendapatan, kebajikan rakyat tetap didahulukan serta tidak akan terabai.

"Kita menghadapi kekurangan pendapatan. Kita akan minimumkan dari segi pembangunan dan mungkin tidak banyak sangat projek-projek besar.
"Sebaliknya, bajet kita fokus kepada kesejahteraan rakyat, iaitu menyelesaikan isu- isu rakyat, bagaimana menambah pendapatan dan juga kebaikan kepada rakyat," katanya semasa diminta mengulas berhubung bajet 2017 selepas melawat Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Square, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Samiun Salleh.

 Beliau berkata, sehubungan dengan itu juga kerajaan melaksanakan transformasi ekonomi dengan tidak mengharapkan sepenuhnya bajet kerajaan negeri bagi menjalankan projek pembangunan, sebaliknya bekerjasama dengan syarikat swasta.

 "Kita adakan kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta, di mana kerajaan negeri akan laksana projek berasaskan aset dengan menjadikan tanah sebagai aset kita sebanyak 30 peratus manakala modal 70 peratus lagi oleh syarikat swasta.

 "Melalui konsep ini, ia tidak membebankan kewangan kerajaan negeri. Maka kewangan kerajaan negeri akan lebih fokus untuk kesejahteraan rakyat, termasuk bantuan kepada rakyat, pendidikan dan tidak ketinggalan kepada sukan yang telah banyak memberikan kekuatan dan mempopularkan Negeri Terengganu.

 "Selain itu, kita juga memfokuskan bajet 2017 kita juga kepada program-program menjayakan Tahun Melawat Terengganu," katanya.

No comments:

Post a Comment