Páginas

Wednesday, 31 December 2014

1,000 Sukarelawan Daerah Besut Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Author: Mohamad Ishak | 31 December 2014


Pelbagai pihak mewakili Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Besut memperlihatkan sikap prihatin terhadap mangsa banjir di Kelantan apabila mereka bergabung tenaga membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penderitaan yang dialami penduduk negeri itu.

Operasi Banjir Di Kemaman ‘Gold Standard’ – PM

Author: Mohd Syazni Zainudin | 31 December 2014



Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak memuji tindakan diambil oleh penyelarasan banjir di daerah Kemaman sebagai menepati operasi banjir ‘Gold Standard’.

Agihan Dana Bakti Remaja 2014

 Haji Pehimi sedang berucap kepada belia-belia yang menerima wang Dana Bakti Remaja 2014 DUN Jertih.
*****
30 Disember 2014 (Jertih) - Seramai 482 golongan belia menerima wang Dana Bakti Remaja 2014 dalam DUN Jertih. Mereka ini adalah kelompok terakhir menerima wang yang dikhaskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Sebelum ini lebih dari seribu orang belia telah menerima manaafat yang sama. Dari jumlah ini seramai 136 orang dari kaum tionghua.

TPM Lawat Mangsa Banjir Di Dungun

Author: Mohd Syazni Zainudin | 29 December 2014

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika meninjau penduduk terjejas banjir di SK Kampung Nyior, Dungun. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
*****
Kunjungan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dua pusat pemindahan banjir di Terengganu yang teruk dilanda banjir menceriakan lebih 1,300 mangsa banjir.

Monday, 29 December 2014

Tabung Bantuan Banjir Pemuda UMNO Dilancar

Oleh: Fauzi Mohd | 27 December 2014


Pemuda UMNO melancarkan Tabung Bantuan Banjir khusus untuk keperluan mangsa banjir selepas air surut.

Kaunter Sumbangan Banjir Di Semua Pejabat Daerah

Oleh: Noraini Jusoh | 28 December 2014


Kerajaan negeri meminta semua pejabat daerah di Terengganu membuka pusat pengumpulan sumbangan dan bantuan untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyelarasan bantuan juga diharap dapat memastikan semua bantuan yang dihulurkan sampai ke kawasan yang ditetapkan.

Terengganu Lulus Peruntukan Tambahan RM1 Juta Bantu Mangsa Banjir

Author: Noraini Jusoh | 28 December 2014 


Kerajaan negeri bersetuju meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di negeri ini dengan mengagihkan bantuan tersebut kepada daerah yang terjejas akibat banjir.