Páginas

Monday 29 December 2014

Terengganu Lulus Peruntukan Tambahan RM1 Juta Bantu Mangsa Banjir

Author: Noraini Jusoh | 28 December 2014 


Kerajaan negeri bersetuju meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di negeri ini dengan mengagihkan bantuan tersebut kepada daerah yang terjejas akibat banjir.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebanyak RM100 ribu akan disalurkan ke daerah yang terjejas teruk iaitu Kemaman dan Dungun manakala sebanyak RM50 ribu kepada daerah lain.

Katanya, bantuan itu akan diagihkan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ia termasuk pelbagai jenis bantuan termasuk keperluan selepas banjir.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, kerajaan negeri bersetuju luluskan tambahan peruntukan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyediakan keperluan makanan dan sebagainya sebanyak RM1 juta.

“Di mana daerah yang kritikal seperti di Kemaman dan Dungun, akan menerima tambahan peruntukan sebanyak RM100 ribu. Kawasan lain akan menerima RM50 ribu. Ia juga termasuk bantuan-bantuan dari segi untuk menyelesaikan masalah selepas banjir nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Teganukita

No comments:

Post a Comment