Haji Pehimi sedang berucap kepada belia-belia yang menerima wang Dana Bakti Remaja 2014 DUN Jertih.
*****
30 Disember 2014 (Jertih) - Seramai 482 golongan belia menerima wang Dana Bakti Remaja 2014 dalam DUN Jertih. Mereka ini adalah kelompok terakhir menerima wang yang dikhaskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Sebelum ini lebih dari seribu orang belia telah menerima manaafat yang sama. Dari jumlah ini seramai 136 orang dari kaum tionghua.Haji Muhammad Pehimi selaku ADUN Jertih dapat meluangkan masa bersama-sama dan menyampaikan ucapan sebagai pesanan kepada belia-belia yang hadir.
Antara pesanan Haji Pehimi ialah agar golongan belia tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pihak pembangkang, sebagai contoh semasa negara menghadapi musibah banjir banyak fitnah dan berita-berita palsu disebarkan dalam media-media sosial seperti facebook, WhatApss dan sebagainya. Kerajaan telah melakukan yang terbaik kepada mangsa banjir tertapi pihak pembangkang hanya pandai menyebar dakyah serta fitnah.
Hadir sama ialah Saudara Azizul Jasmin Mohamad - Ketua Pemuda Bahagian, Tuan Soh Maktar - Pengerusi Penyelaras Pemuda DUN, Saudari Suliana Awang - Pengerusi Penyelaras Puteri DUN serta beberapa pemimpin MCA Besut.
Majlis diadakan di Dewan Nurul Ehsan, Bangunan UMNO Besut di Bandar Jertih.
Belia-belia penerima Dana Bakti Remana DUN Jertih khusyuk mendengar pesanan Haji Pehimi.
Teks: Wan Aziz Foto: Atra Jertih
No comments:
Post a Comment