Páginas

Wednesday 31 December 2014

1,000 Sukarelawan Daerah Besut Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

Author: Mohamad Ishak | 31 December 2014


Pelbagai pihak mewakili Badan Bukan Kerajaan (NGO) Daerah Besut memperlihatkan sikap prihatin terhadap mangsa banjir di Kelantan apabila mereka bergabung tenaga membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penderitaan yang dialami penduduk negeri itu.
Sehingga ini hampir 1,000 sukerelawan dari daerah Besut yang bersempadan Kelantan mengembeling tenaga membawa pelbagai jenis bantuan termasuk bekalan makanan, pakaian, bot, minuman dan lampin pakai untuk wanita serta kanak-kanak.

Antara NGO yang tanpil membantu mangsa negeri itu ialah, Skuad Uniti Besut gabungan daripada 48 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Besut, Belia MAYC, Kelab Cakna 1Malaysia, Puteri Umno, Pemuda Umno, Pejabat Ahli Parlimen Besut, Pejabat Daerah Besut,Majlis Daerah Besut, Kelab Pacuan Empat Roda, Puteri Islam dan Rela.

Pengerusi Skuad Uniti Besut, Ali Haizir Kamal berkata, skuad berkenaan yang mempunyai 500 ahli mewakili KRT seluruh daerah itu mengadakan kutipan khas untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.

Katanya, usaha phaknya menganjurkan kempen itu mendapat sambutan menggalakan daripada orang ramai yang tidak putus-putus datang menghulurkan pelbagai bantuan.

Beliau berkata, skuad itu yang bernaung di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) mengorak langkah menggerakkan jentera daripada ahli-ahli Rukun Tetangga seluruh daerah itu bagi membantu mangsa banjir di Kelantan.

Ali Haidir berkata, pihaknya mendapat kepercayaan syarikat pengeluar air minuman berkabonit Bumiputera, Madura Sdn Berhad yang membekalkan 20,000 air minuman kepada skuad itu untuk disampaikan kepada mangsa banjir.

Pengerusi MAYC Besut, Wan Adilah Wan Awang berkata, pihaknya menggerakkan lebih 100 ahli untuk membantu mangsa banjir di negeri berkenaan dengan membawa bekalan makanan dan pakaian.

Selain itu,katanya, MAYC turut menyediakan tenaga kerja bagi menjalankan kerja gotong royong membersih rumah mangsa yang dilanda banjir.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhamad Pehimi Yusof, memuji usahakan yang dilakukan oleh NGO daerah Besut kerana mengambil berat terhadap nasib malang yang menimpa rakyat Kelantan.

Beliau berharap, sukarelawan terbabit meneruskan usaha khidmat bakti dengan menjalankan kerjasa kemasyarakatan ketika ramai mangsa memerlukan bantuan bagi meringankan mereka yang ditimpa masalah.

Teganukita

No comments:

Post a Comment