Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyelarasan bantuan juga diharap dapat memastikan semua bantuan yang dihulurkan sampai ke kawasan yang ditetapkan.
“Pihak yang ingin menyumbang bantuan dan sumbangan boleh berbuat demikian di kaunter pusat pengumpulan derma dan bantuan pejabat daerah bermula hari ini.
“Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhamad Pehimi Yusof dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan semua bantuan yang disumbangkan atau didermakan oleh orang ramai di peringkat negeri dan pegawai daerah bagi daerah masing-masing,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media mengenai perkembangan banjir Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut, hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhamad Pehimi Yusof.
Katanya, beliau meminta semua pejabat daerah untuk membuka kaunter berkenaan bagi mengelakkan daripada mana-mana pihak yang mengambil peluang dan kesempatan.
“Kadang-kadang dalam keadaan bencana, ada pihak yang mengambil peluang dan kesempatan, kononnya untuk mengumpulkan derma, tetapi derma itu tidak sampai kepada mereka yang sepatutnya menerima,” katanya.
Teganukita
No comments:
Post a Comment