Páginas

Wednesday 31 December 2014

TPM Lawat Mangsa Banjir Di Dungun

Author: Mohd Syazni Zainudin | 29 December 2014

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika meninjau penduduk terjejas banjir di SK Kampung Nyior, Dungun. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
*****
Kunjungan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke dua pusat pemindahan banjir di Terengganu yang teruk dilanda banjir menceriakan lebih 1,300 mangsa banjir.
Timbalan Perdana Menteri memulakan lawatan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau sebelum ke SK Kampung Nyior.

Beliau diiringi Menteri Besar Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Mazlan Ngah dan Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah.

Sejurus helikopter mendarat di Padang Arena Merdeka, Dungun kira-kira 9.30 pagi, Muhyiddin dan rombongan menaiki kenderaan pacuan empat roda ke SK Durian Mentangau, kira-kira 10 kilometer dari lokasi itu.

Sepanjang perjalanan, beberapa anggota rombongan terpaksa menaiki bot penyelamat untuk sampai ke pusat pemindahan banjir berkenaan.

Kira-kira 600 mangsa banjir ditempatkan di SK Durian Mentangau sejak seminggu lepas.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara meluangkan masa sejam di pusat itu.

Beliau diberi taklimat mengenai perkembangan banjir oleh Pegawai Daerah Dungun, Dato’ Mohd Akil Mat.

Di pusat pemindahan banjir di SK Kampung Nyior, Muhyiddin beramah mesra dengan beberapa orang daripada 779 mangsa dari Kampung Pinang Merah dan Kampung Nyior yang ditempatkan di situ sejak 17 Disember lalu.

Setakat tengah hari ini, 21,738 orang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di Terengganu.


Teganukita

No comments:

Post a Comment