Páginas

Sunday, 10 August 2014

1,244 Bakal Haji Terengganu Ke Tanah Suci 8 September

Oleh: Mohd Syazni Zainudin | 9 August 2014 
Seramai 1,244 bakal Haji dari Terengganu menyertai Kursus Perdana Haji peringkat negeri anjuran Tabung Haji di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.

 
Kursus itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman. 
*****
Kursus itu bertujuan untuk memberi persediaan akhir kepada bakal haji yang akan berangkat ke Tanah Suci Mekah tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Menteri Besar mengingatkan kepada bakal jemaah agar menjaga kesihatan semasa berada di tanah suci.

“Keadaan sekarang di Arab Saudi amat membimbangkan dengan wabak MERS-Covi yang boleh mengakibatkan kematian.

“Walaupun bukan di tahap bahaya, tetapi saya nasihatkan para jemaah haji menjaga diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit yang akan mengganggu ibadah”, kata beliau ketika merasmikan majlis tersebut.

Tambah Ahmad Razif, jemaah diingatkan banyak bersabar dalam menghadapi kesesakan kerana akan berdepan dengan hampir 4 juta jemaah haji dari negara lain.

Turut hadir isteri Menteri Besar, To’ Puan Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah dan Pengarah Tabung Haji Negeri Terengganu, Mohammad Mokhzani bin Mukhtar.

Sebelum itu, Ahmad Razif solat berjemaah bersama dengan peserta kursus yang bakal berangkat ke tanah suci di stadium berkenaan.
*****
Penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang membawa bakal Haji akan bermula 8 September depan.

No comments:

Post a Comment