Páginas

Wednesday 27 August 2014

Menteri Besar Ajak Jayakan Transformasi Terengganu Baru

 Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman berucap semasa merasmikan Pemukiman UMNO Bahagian Besut di Kundasang, Sabah.
*****
23 Ogos 2014 (Sabtu), Kundasang, Sabah - Menteri Besar Terengganu mengajak kepimpinan UMNO Bahagian Besut untuk bersama-sama beliau merealisasi dan menterjemaahkan Transformasi Terengganu Baru (TTB) bagi meneruskan kesinambungan pembangunan Negeri Terengganu ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Dato' Haji Ahmad Razif Abd Rahman menyeru demikian semasa merasmikan Pemukiman UMNO Bahagian Besut di Kem Bina Negara, Kudasang, Ranau, Sabah.
Lapan (8) prinsip yang telah digariskan seperti berikut:-
  1. Inklusif, suara rakyat suara keramat;
  2. Masjid dan Surau sebagai sumber penyatuan;
  3. Keluarga Bahagian rakyat sejatera;
  4. Intergriti (bersih dalaman dan luaran);
  5. Mesra tapi tegas;
  6. Disiplin kerja yang tinggi;
  7. Seruan Perpaduan;
  8. Memperkasa Pendidikan:
Dengan tagline "Kecil bagi kita, besar bagi rakyat"  diharapkan menjadi panduan kepada kepimpinan negeri ini khasnya kepada Ahli-ahli yag berhormat dalam menjalankan tugas khasnya bagi menghadapi pilihanraya umum ke-14 nanti.
Hadir sama dalam majlis perasmian ialah Haji Nawi Mohamad - Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato' Seri Haji Idris Jusoh - Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Haji Mohd Mahdi Musa - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut,Haji Muhamamad Pehimi Yusof - Setiausaha UMNO Bahagian Besut,Tengku Zaihan Cheku Abd Rahman - Ketua Penerangan UMNO Bahagian Besut.
Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut juga hadir sama. 
Oleh: Haji Wan Aziz

No comments:

Post a Comment