Páginas

Monday, 11 August 2014

Perjuangan PKR Hanya Untuk Keluarga Anwar

Oleh: Nur Iylia Sukiman | 10 August 2014

Mohd Iskandar Jaafar
*****
ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti sedang membina empayar kroni untuk keluarganya.
Ini berikutan krisis politik yang berlarutan di Selangor apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebulat suara mencalonkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata Iskandar, pencalonan Wan Azizah dan pemecatan Khalid Ibrahim dari PKR hanyalah untuk kepentingan politik keluarga Anwar sama seperti keluarga Lim Kit Siang yang melantik anaknya menjadi Ketua Menteri.

Rentetan peristiwa itu bertambah parah apabila PAS bertegas mahu kekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

“Ianya boleh dilihat bahawa apa yang PKR sedang perjuangkan selama ini adalah kepentingan peribadi Anwar Ibrahim dan keluarganya.

“Rakyat sebenarnya sudah sekian lama terheret dan termakan hasutan serta permainan politik PKR yang sememangnya hanya membazir masa, tenaga dan wang untuk berpolitik tanpa memikirkan bagaimana untuk membangunkan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Felda Wilayah Terengganu di Tepuh, hari ini.

Teganukite

No comments:

Post a Comment