Páginas

Thursday 28 August 2014

Kuasa Lulus Permohonan Ahli UMNO Satu Langkah Bijak

Oleh: Mohd Zafpri Daud | 27 August 2014
Bendera UMNO
*****
Keputusan Majlis Tertinggi UMNO memberi kuasa kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri meluluskan permohonan keahlian UMNO baharu beserta resit pengesahan sebagai pemilih berdaftar yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilihat sebagai satu tindakan positif dan  tepat.
Pengerusi Biro Keahlian UMNO Negeri, Datuk Mohd Sabri Alwi berkata, beliau amat bersetuju dengan keputusan yang diumumkan Naib Presiden UMNO Pusat, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal yang mahukan UMNO Negeri mengurus perihal itu.
Katanya, langkah itu pasti membantu menyelesaikan banyak perkara berkaitan, termasuk keciciran nama ahli,  pemutihan selain dapat menyegerakan maklumat terutama berkaitan ada kematian di kalangan ahli.
“Jika sebelum ini mereka yang mahu menjadi ahli perlu mengisi borang dan dihantar ke pejabat UMNO bahagian, dikumpulkan sebelum dihantar ke Pejabat UMNO Pusat untuk diproses dan ia mengambil masa yang lama untuk seseorang itu menjadi ahli, ” katanya ketika ditemui media dalam program Konvoi Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang diadakan di kampung Gong Baru, Kuala Terengganu, semalam.
Dato’ Mohd Sabri turut memberitahu, walaupun sudah mendaftar beberapa kali, belum tentu nama mereka telah tersenarai.
“Pihak kami ada  menerima laporan berkaitan itu, sebagai contoh sudah dua hingga tiga tahun tempoh  mendaftar, nama masih tiada dalam senarai ahli.
“Diharapkan apabila perkara ini dilaksanakan ia akan dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit mengenai pendaftaran ahli ini,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

Teganukite

No comments:

Post a Comment