Páginas

Thursday 14 August 2014

UMNO Terengganu Rombak Semula Biro

Oleh: Fauzi Mohd | 14 August 2014

Ahmad Razif mempengerusikan mesyuarat pertama sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri di ibu pejabat UMNO Negeri, Kuala Terengganu malam tadi.  Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Barisan kepimpinan UMNO Terengganu dirombak semula dengan menyaksikan pelantikan 10 pengerusi biro yang baru.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri yang juga Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perlantikan itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha memberi nafas baru kepada pentadbiran parti.

Beliau mengumumkan perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri di ibu pejabat UMNO Negeri yang berakhir kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Ia merupakan mesyuarat pertama Ahmad Razif selepas dilantik menjadi Pengerusi UMNO Negeri oleh Presiden UMNO, Dato’ Sri Najib Razak.

Rombakan yang diumumkan adalah seperti berikut:
Pengerusi Biro Perlembagaan, YB. Nawi Mohamad (Ketua UMNO Bahagian Besut)
Pengerusi Biro Pendidikan, YB. A. Latiff Awang (Ketua UMNO Bahagian Marang)
Pengerusi Biro Latihan, Dato’ Din Adam (Ketua UMNO Bahagian Dungun)
Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih, Datuk Mohd Sabri Alwi (Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu)
Pengerusi Biro Ekonomi, YBM. Dato’ Tengku Putera Tengku Awang
Pengerusi Biro Petunjuk Prestasi Utama (KPI), YB. Muhammad Pehimi Yusof (Setiausaha UMNO Negeri)
Pengerusi Biro Penerangan, YB. Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (Ketua Penerangan UMNO Negeri)
Pengerusi Biro Kebajikan, YB. Dato’ Rozi Mamat (Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu)
Pengerusi Biro Media Siber, Mohd Johari Abu Bakar (Ketua Pemuda UMNO Negeri)
Pengerusi Biro Agama, Ustaz Rusdi Muda (Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar)

Tambah beliau, rombakan biro-biro tersebut mengikut ketetapan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO.
Awal bulan lalu, Ahmad Razif telah mengumumkan perlantikan Pehimi sebagai Setiausaha UMNO Negeri menggantikan Tengku Putera.Bendahari UMNO  Bahagian Kuala Terengganu, Mohd Nasir Yusof pula dilantik memegang jawatan Bendahari UMNO Negeri menggantikan Nik Dir Nik Wan Ku sementara Dato’ Abdul Rahman Bakar digantikan dengan Wan Abdul Hakim sebagai Ketua Penerangan.

Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari kekal sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Jelasnya, perlantikan Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee sebagai Pengarah Starategi UMNO Negeri bagi memberi fokus kepada usaha merampas semula kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang kalah.

Mesyuarat itu dihadiri oleh semua Ketua UMNO Bahagian serta Ketua-Ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri kecuali Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato’ Seri Ahmad Said yang juga mantan Menteri Besar.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.

Teganukite

No comments:

Post a Comment