Páginas

Thursday, 28 August 2014

Pemukiman UMNO Besut 2014: Ketua Bahagian Tutup Dengan Rasminya

 Haji Nawi berucap menutup pemukiman UMNO Bahagian Besut 2014.
*****
24 Ogos 2014 - Pemukiman UMNO Bahagian Besut 2014 yang berlangsung di Kundasang selama dua hari dan diambung di Kota Kinabalu ditutup dengan rasminya oleh Tuan Haji Nawi Mohamad - Ketua UMNO Bahagian Besut di Promenade Hotel Kota Kinabalu.

Pemukiman selama 6 hari ini telah di isi dengan pelbagai aktiviti ke arah menguat hubungan pemimpin barisan hadapan UMNO Bahagian Besut dan pembentangan hasil pemikiran lima kumpulan dalam Wacana Minda.
Haji Nawi dalam ucapan penutupnya berharap, semangat 'Gunung Kinabalu' akan memberi kekuatan kepada peserta pemukiman untuk membawa hala tuju parti khasnya dalam menghadapi PRU14 nanti.
Di akhir program satu ikrar yang dinamakan "Ikrar Kinabalu" telah dilafazkan diketuai oleh Sdr. Azizul Jasmi - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan teks ikrar diserahkan kepada Haji Nawi selaku Ketua UMNO Bahagian.

 Ketua, Timbalan Ketua, Setiausaha dan Ketua Penerangan yang juga ADUN dalam Parlimen Besut terlibat secara langsung menjayakan pemukiman berada di pentas bagi penutup.
 Saudara Azizul Jasmi diapit oleh Ketua Wanita dan Puteri mengetuai lafaz Ikrar Kinabalu.
 Sederak serentak berikrar bagi menawan hati rakyat memperkasa UMNO perti keramat.
Setinggi Kinabalu... Yang-yang berhormat juga semangat melafazkan ikrar.
 Saudara Azizul menyerahkan teks ikrar kepada Ketua UMNO Bahagian setelah selesai dilafazkan.
Pemukiman diakhiri dengan nyanyian lagu UMNO "Bersatu Bersetia Berkhidmat"

Teks dan foto: Haji Wan Aziz

No comments:

Post a Comment