Páginas

Tuesday, 5 August 2014

YB Pehimi akan jumpa Pengerusi BPUNT dan mantan Setiausaha terlebih dahulu

Oleh: Ruslan Abdul Rahman | 4 Ogos 2014

 Haji Muhammad Pehimi Yusof
*****
“Saya akan berjumpa dan berbincang dengan mantan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu, YB Tengku Putera Awang terlebih dahulu, “ kata YB Haji Muhammad Pehimi Yusof.

Kemungkinan esok beliau  akan berjumpa YB Tengku Putera  dan berbicang, katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas dan menjawab beberapa persoalan tentang peranan dan langkah-langkah yang bakal dijalankannya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu (BPUNT) yang baru.

Dua hari lepas Pengerusi BPUNT, Dato’ Haji Ahmad Razif yang juga Menteri Besar Terengganu mengumumkan perlantikan YB Haji Muhammad Pehimi Yusof sebagai Setiausaha Umno Terengganu yang baru, manakalah YB Haji Wan Hakim Tan Sri Mokhtar sebagai  Ketua Penerangan dan Bendahari, Mohd Nasir Yusof.

Bagaimanapun YB Pehimi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas kepercayaan pucuk pimpinan melantiknya sebagai Setiausaha Umno Terengganu, khususnya kepada Pengerusi BPUNT, YAB Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman.

“Saya amat terharu di atas kepercayaan untuk memikul tanggungjawab yang besar ini,” katanya.

“Saya akan jumpa Tengku Putera untuk dapatkan panduan dan jumpa Dato’ Haji Ahmad Razif untuk menerima arahan-arahan,” katanya kepada Teganukita.

“Insya Allah saya akan berusaha menjalankan tugas dengan sebaiknya dan penuh kesetiaan,” katanya lagi.

Teganukite

No comments:

Post a Comment