Páginas

Monday 30 October 2017

AIM Buka 50,000 Peluang Kepada Wanita Generasi Y

Noraini Jusoh | Monday, October 30, 2017

Nawi (tengah) ketika menyempurnakan Program Himpunan Usahawan Ikhtiar Terengganu, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasarkan 400,000 ribu keahlian Sahabat Aktif AIM seluruh negara.

Pengerusi Eksekutif AIM, Dato’ Dr. Zubir Harun berkata, ketika ini keahlian sahabat AIM telah mencapai kira-kira 326,000 orang.

Katanya, untuk mencapai sasaran itu AIM membuka 50,000 peluang kepada wanita generasi Y untuk mendapatkan pinjaman daripada badan berkenaan.

“Peluang yang akan dibuka sehingga Disember tahun hadapan  itu akan memberi keutamaan kepada golongan muda daripada keluarga miskin.

"Buat masa ini kita sudah mempunyai 326,000 sahabat AIM, dengan peruntukan berbentuk geran yang diluluskan Perdana Menteri ketika pembentangan bajet 2018 sebanyak RM200 juta kita akan mempertingkatkan jumlah Sahabat Aktif AIM kepada 400,000 sahabat,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Himpunan Usahawan Ikhtiar Terengganu, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad.

Katanya, dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan membantu golongan miskin berkecimpung dalam dunia perniagaan, peluang tersebut dibuka khusus untuk golongan wanita dengan mengutamakan generasi Y.


Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment