Páginas

Wednesday 18 October 2017

Tujuh Lagi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Baru Dalam Dun Jertih

Oleh - Wan Aziz Wan Idris


Jertih, 16 Oktober 2017 - Dato' Haji Muhammad Pehimi Yusof selaku ADUN Jertih berkeyakinan sebelum berakhir tahun 2017, sebanyak tujuh lagi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) baru akan ditubuhkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Negeri Terengganu dalam DUN Jertih.


Beliau berkata demikian semasa sesi Taklimat Penubuhan KRT baru di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jertih di Gong Kemuntong. Dato' Pehimi berkeyakinan dengan adanya KRT di kampung-kampung ianya akan mewujudkan semangat bersatu padu dikalangan masyarakat.





Taklimat disampaikan oleh Puan Nor Almizan Mahmood - Pegawat Perpaduan Daerah Besut. Sebanyak tujuh JKKK dalam DUN Jertih dipilih bagi merealisasi penubuhan KRT ialah:

  1. KRT Penaja Nyor Tujuh
  2. KRT Penaja Gerai
  3. KRT Penaja Lay Out Gerai
  4. KRT Penaja Tok Motong
  5. KRT Penaja Padang Luas Dalam
  6. KRT Penaja Alor Lintah
  7. KRT Penaja Pakda Malik



Turut hadir dalam sesi taklimat ini Encik Nasir, Puan Salma binti Mat Rashid, Puan Lim selaku Pengerak Perpaduan dan Encik Ali Haidzir Mustaffa Kamal selaku Pegerusi Skuad Uniti Besut JPNIN.

No comments:

Post a Comment