Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, dua universiti terbabit diberi tanggungjawab membentuk kepemimpinan J3K khususnya di Daerah Besut menerusi Neuro Linguistic Program (NLP) yang diperkenalkan awal tahun ini.
Katanya, NLP memberi penekanan menerusi kursus, seminar dan bengkel kepada Pengerusi J3K dalam pembentukan jati diri berasaskan Program Firdaus 2050.
Beliau berkata, konsep Firdaus 2050 satu model yang direka khas untuk kepemimpinan J3K di Daerah Besut yang kini sudah menampakkan hasil apabila pengurusan organisasi itu bergerak membentuk komuniti secara bersepadu.
Pada majlis itu 27 Pengerusi J3K berpotensi dipilih untuk pepenarafan bintang berdasarkan sepanjang mereka mengikuti lima siri kursus anjuran universiti terbabit dengan kerjasama Kemnterian Pendidikan Tinggi (KPT).
Idris berkata, berikutan kejayaan itu KPT sedia memberi kerjasama menggunakan modiul NLP universiti terbabit kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk melatih pengerusi JKKK di seluruh negara.
“Ketika ini UniSZA dan UMT mempunyai pensyarah terlatih untuk membantu melatih pesera menerusi NLP kepada organisasi berkenaan,” katanya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment