Páginas

Monday 1 September 2014

80 Pelajar UiTM Shah Alam Cipta Sejarah Di Pulau Perhentian

Oleh: Mohamad Ishak | 1 September 2014

 
80 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor untuk mencipta sejarah dengan merentang Jalur Gemilang gergasi di permukaan laut pusat peranginan terkenal Pulau Perhentian, Besut, menjadi kenyataan.
Kumpulan pelajar dari Kelab Rekreasi UiTM (KRESMA) yang menzahirkan harapan itu terlaksana apabila mereka berjaya merentang Jalur Gemilang berukuran 60 meter panjang dan 30 meter lebar terlaksana kira-kira jam 9 pagi semalam ketika seluruh rakyat Malaysia bertumpu ke Dataran Merdeka.
Pengarah  Program, Siti Asmah Ahmad Shahidan berkata, pelajar terbabit sebelum itu terpaksa mengambil masa kira-kira sebulan untuk menjahit Jalur Gemilang sebelum di bawa ke Pulau Perhentian.

Katanya, Jalur Gemilang itu berjaya direntang di permukaan laut berhampiran Taman Laut Pulau Perhentian selepas mengambil masa  24 jam untuk menjayakan misi berkenaan.
Menurutnya, usaha itu bertujuan menanam semangat patriotik di kalangan pelajar selain menguji ketahanan diri dan semangat kerjasama antara satu sama lain.
Program itu turut mendapat pujian Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, yang hadir menyaksikan kerja merentang jalur gemilang oleh peserta terbabit.
“Kami berharap dengan kejayaan merentang jalur gemlang terbesar dan terpanjang itu ia dapat diiktiraf dan dicacatkan dalam Malaysia Book of Record,” katanya.
Menurutnya, program itu juga sebahagian usaha untuk melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara menerusi aktiviti berasaskan semangat patriotik dan berjiwa kebangsaan.

Teganukite

No comments:

Post a Comment