Páginas

Tuesday 23 December 2014

Menteri, Exco Turun Padang Lawat Mangsa Banjir di Masjid Kampung La, Hulu Besut

Oleh: Mohamad Ishak | 23 December 2014


 Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sedang bermesra dengan salah seorang kanak-kanak di salah sebuah pusat pemindahan di Hulu Besut dan diperhatikan oleh Datuk Seri Shahidan Kasim (baju gelap)
*****
Dua Menteri Pusat dan dua Ahli Exco Kerajaan Terengganu terpaksa menaiki lori Pejabat Daerah Besut (PDB) untuk menemui mangsa banjir di pusat pemindahan Masjid Kampung La, Hulu Besut apabila kampung itu  dinaiki air semula awal pagi semalam.
Menteri terbabit ialah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Nawi Mohamad yang juga Ketua Umno Bahagian Besut dan Ahli Exco Kerajaan Negeri, Muhamad Pehimi Yusof yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Kehadiran pemimpin terbabit yang dijadualkan untuk melawat mangsa  banjir dikejutkan apabila penduduk kampung itu yang sudah kembali semula ke rumah masing-masing kelmarin tiba-tiba terpaksa berpindah semula kira-kira jam 7 pagi semalam.

Berikutan air sungai melimpah kampung itu ditengelami banjir kali kedua dalam tempoh seminggu dan 300 penduduk terpaksa kembali semula ke pusat pemimdahan yang disediakan.

Kehadiran dua menteri dan dua Ahli Exco Kerajaan Negeri  yang melawat mangsa banjir itu membangkitkan semangat mangsa kerana nasib mereka mendapat perhatian pemimpin terbabit.

Ketika berada di pusat pemindahan selama dua jam pemimpin terbabit sempat beramah mesra sambil memberi motivasi kepada mangsa yang masih keletihan kerana terpaksa berpindah dua kali dalam tempoh seminggu.

Sementara itu, kira-kira 100 sukarelawan banjir mewalkili pelbagai pertubuhan sukarela daerah Besut yang datang untuk membersih rumah mangsa tidak dapat meneruskan kerja gotong royong kerana air naik semula di kampung itu.

Sukarelawan terbabit terpaksa di bawa  dengan lori kerana tidak dapat dilalui dengan kenderaan biasa sepatutnya menyertai gotong royong hari ini dan terpaksa ditangguhkan sehingga keadaan menjadi pulih seperti biasa.

Teganukita

No comments:

Post a Comment