Mohd Iskandar membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan
Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.
Foto oleh Harish Fadzillah
*****
Kerajaan perlu meneliti realiti kehidupan rakyat berpendapatan rendah terutamanya di luar bandar dan tidak hanya berbangga dengan statistik berhubung peningkatan pendapatan isi rumah yang dikeluarkan agensi tertentu.Wakil Terengganu, Mohd Iskandar Jaafar berkata hakikatnya, statistik itu tidak melambangkan kehidupan sebenar rakyat kerana masih ramai yang hidup kais pagi makan pagi.
“Walaupun kita sudah bekerja bertungkus lumus, kadang-kadang kita rasa sedih, tiba-tiba keluar dalam suratkhabar, di kaca televisyen, purata pendapatan isi rumah rakyat Malaysia meningkat RM5,900, amboi…
“Betullah menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 kita kena ada statistik yang menunjukkan kita bergerak ‘in progress’ (di landasan yang betul) tetapi bila rakyat dengar mereka tanya pendapatan ini pendapatan siapa?,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, hari ini.
Mohd Iskandar yang juga ADUN Jabi menarik perhatian misalnya golongan penoreh getah di kawasan Setiu, yang masih ramai antaranya berpendapatan RM25 seminggu ekoran harga getah yang tidak menentu selain faktor cuaca.
“Di tempat saya hari ini, harga getah cukup teruk, ada pernah sampai RM1.60 sekilogram, semalam saya telefon di kampung tanya berapa harga getah hari ini, katanya RM1.70 sekilogram, seminggu motong (menoreh) getah tak dapat sampai RM50 pun.
“Makanya kita tidak boleh terlalu bergantung kepada statistik untuk nak meyakinkan kepada rakyat bahawa beban sara hidup mereka ini sudah dibantu,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiu.
Teganukita
No comments:
Post a Comment