Páginas

Wednesday 27 September 2017

17 Petani Tuai 31,267 Pokok Cili Secara Serentak Di Terengganu Untuk MBOR

Noraini Jusoh | Tuesday, September 26, 2017

 Che Wan Mohd. Saidi memetik cili di kebun miliknya sempena Program Penarafan Penuaian Cili Tersebar Oleh MBOR di Kampung Raja, Tepoh hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim
*****
Seramai 17 petani negeri ini turut serta dalam program penuaian pokok cili terbanyak secara serentak untuk rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017.


Ketua Seksyen Hortikultur Jabatan Pertanian Terengganu, Noaini Mamat berkata, penyertaan peserta dari 15 lokasi di seluruh daerah negeri ini untuk program anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu adalah bagi menjayakan rekod MBOR yang menyasarkan satu juta pokok cili dituai secara serentak di seluruh negara.


“Sebanyak 31,267 pokok cili pelbagai variasi seperti cili kulai, minyak dan solok milik 17 petani bimbingan Jabatan Pertanian Terengganu berjaya dituai pada hari ini.

“Hasilnya akan dikumpulkan dan di bawa ke sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang untuk pengiktirafan MBOR," ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan proses penuaian 3,567 pokok cili di kebun cili milik Che Wan Mohd. Saidi Che Wan Sulong di Kampung Raja, Tepoh, hari ini.

Noaini berkata, Jabatan Pertanian Terengganu juga dalam usaha untuk menjadikan negeri ini sebagai antara pengeluar cili utama negara.

“Penanaman cili dipilih kerana permintaan terhadap hasil pertanian ini sangat tinggi dan kita menggalakkan peserta menaman cili untuk meningkatkan pengeluaran negara sekali gus berusaha mengurangkan kebergantungan kepada import cili dari negara luar,” ujarnya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment