Kempen Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya mula dilancarkan hari ini sehinga 10 Oktober ini oleh kerajaan negeri. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
*****
Kerajaan negeri mensasarkan kutipan sehingga RM1 juta dalam kempen ‘Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya’ bagi membantu etnik yang kini berada di kem pelarian Bangladesh.Ketua Urusetia kempen tersebut, Samiun Salleh berkata, kempen yang digerakkan oleh Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) itu mula dilancarkan hari ini sehingga 10 Oktober melibatkan semua jabatan, agensi kerajaan, GLC dan NGO.
Katanya, kempen yang bertemakan sekampit beras untuk Rohingya itu adalah bermaksud sumbangan dari segi wang ringgit daripada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membeli sekampit beras bagi setiap mangsa pelarian etnik Rohingya.
“Pemilihan kem pelarian Rohingya di Bangladesh adalah kerana kini lebih 400,000 pelarian etnik Rohingya berada di sana dan jumlah tersebut adalah antara yang teramai.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen ‘Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya’ di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
Samiun berkata, beberapa tempat turut terlibat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.
“Tabung ini juga akan diletakkan di beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang berhubung secara terus dengan pelanggan seperti UTC dan sebagainya.
“Selain itu, SSTTB dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui tabung Terengganu for Rohingya yang akan diletakkan di setiap masjid di negeri ini dan penglibatan kempen tabung sumbangan dalam setiap program-program rasmi kerajaan negeri,” katanya.
Tambahnya, diharapkan orang ramai dapat berganding bahu bagi menjayakan kempen Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment