Mereka yang terlibat pada program selama dua hari dan berakhir 30 September itu akan menjual pelbagai menu antaranya, kambing bakar, burger bakar, minuman berjus dan makanan barat. Apa yang pasti, konsep dan menu yang disajikan itu tiada di kedai atau restoran lain.
Aktiviti lain, gerai jualan dan pameran, seminar keusahawanan penyediaan sijil halal, pembelajaran, motivasi dan perkongsian ilmu serta pelbagai lagi acara sampingan sepanjang program tersebut.
Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Noorul Husna A Rashid berkata, pihaknya komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan menjalankan perniagaan menggunakan trak atau Business on Truck khususnya dalam kalangan belia di negeri ini.
Katanya, dahulu, jika ingin membuka perniagaan, mereka memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan sebuah kedai, malah perlu mencari lokasi sesuai untuk memulakan sesuatu perniagaan.
"Namun, konsep Business on Truck ini, selain tidak perlu memeningkan kepala memikirkan kos sewa bulanan premis, konsep ini juga membolehkan perniagaan ini dipromosikan kepada masyarakat di pelbagai tempat dan kawasan.
“Inisiatif kreatif itu wajar diketengahkan sebagai pilihan kepada golongan muda yang ingin memulakan perniagaan,”katanya
Menurut Noorul Huda, pihaknya juga mahu menggalakkan orang ramai khususnya golongan belia menyertai perniagaan seumpama itu sejajar dengan ikutan ramai pada masa kini.
"Konsep perniagaan menggunakan trak kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat terutamanya golongan belia di negeri ini.
“Ia menjadi trending yang bukan hanya makanan yang diniagakan, malah beberapa produk lain juga sesuai dengan peredaran masa,” katanya.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment