Páginas

Sunday, 24 September 2017

1Malaysia Negaraku Penyatuan Baharu Rakyat Malaysia

Saturday, 23 September 2017


KUALA LUMPUR, 23 Sept – Konsep 1Malaysia Negaraku mampu menjadi titik tolak penyatuan yang baharu bagi rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya di bawah konsep itu, segala fahaman yang hanya menggalakkan perpecahan harus dibuang jauh oleh setiap rakyat yang juga perlu memahami bahawa seluruh Malaysia adalah milik bersama.


“Segala  bentuk hasutan melampau yang meletakkan kepentingan diri dan kumpulan sendiri semata-mata sebagai agenda utama haruslah kita dinyahkan dari pemikiran rakyat Malaysia,” katanya dalam catatan mengenai 1Malaysia Negaraku yang dimuat naik dalam blog Najib.Razak.com, hari ini.

Najib berkata penggabungan kedua-dua konsep itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan yang seolah-olah falsafah 1Malaysia yang diperkenalkan sejak 2009 telah diabaikan.

Sebaliknya, konsep 1Malaysia Negaraku yang dilancarkan Mac lepas itu mampu menjadi titik tolak penyatuan yang baharu sesama rakyat bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara, katanya.

“Saya berharap di bawah konsep 1Malaysia Negaraku, rakyat bukan sahaja boleh bersatu padu tanpa mengira perbezaan mereka tetapi juga bersama-sama mengekalkan kesejahteraan negara kerana bangga dengan tanah air kita sendiri,” kata Najib.

Perdana menteri juga menyifatkan kedua-dua inisiatif itu membawa makna yang mendalam buat negara.

“Falsafah 1Malaysia membawa idea perpaduan yang meraikan kepelbagaian sesama rakyat, sementara istimewanya inisiatif Negaraku pula adalah setiap laungannya pasti disambut dengan sahutan ‘Malaysia!’ oleh rakyat yang cintakan negara.

“Tambahan pula, pelbagai produk dan perkhidmatan telah diilhamkan dari falsafah 1Malaysia seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Skim Latihan 1Malaysia, yang banyak membantu kehidupan rakyat,” katanya.

UMNO-Online

No comments:

Post a Comment