Páginas

Wednesday, 20 September 2017

Karnival Jom Heboh Bakal Gegarkan Terengganu 29-30 September Ini

Tengku Nor Shahida Tengku Abd Rasid | Wednesday, September 20, 2017


Acara padang terbesar TV3, Karnival Jom Heboh (KJH) bakal membuka tirai di Persiaran Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu pada 29 hingga 30 September ini.


Menerusi karnival ini, pengunjung berpeluang bertemu dengan barisan pelakon serta personaliti yang membintangi drama serta program-program yang bersiaran di TV3 dan TV9 antaranya ialah Ika Nabella, Afzan A Rahman, Anis Al Idrus, Zul Huzaimy, Shah Sulaiman, Zee, Acap, Faiz, Encik Mimpi, Taleep Mizad dan Majalah Gila Gila (Kartunis) dan sebagainya.

Menurut Pengarah Penjenamaan, Kandungan dan Strategi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Cik Sherina Nordin berkata, KJH sebelum ini bermula dari Kuala Lumpur, Kedah dan Melaka.

Katanya, siri jelajah KJH pada kali ini membawa konsep meriah, bertenaga dan lebih klasik.
“Kami merasa amat berbesar hati dengan sambutan hangat yang kami terima di lokasi sebelumnya. Kini tiba masanya untuk pihak kami memberikan penghargaan kepada penduduk pantai timur melalui Karnival Jom Heboh atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi kepada program-program kami.

“Kami turut berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu di atas kerjasama mereka dalam menjayakan Karnival ini, serta sentiasa mengalu-alukan kehadiran kami ke negeri yang serba aman damai ini. Oleh itu, kami mengundang kesemua warga Terengganu, dan juga warga negeri-negeri jiran seperti Kelantan dan Pahang untuk hadir beramai-ramai ke Karnival Jom Heboh di Kuala Terengganu ini,”katanya.

Ujarnya, KJH kali ini akan dimeriahkan dengan lebih 20 gerai penaja yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 9 malam. Dua program bual bicara popular TV3 bakal bersiaran secara langsung di tapak Jom Heboh, pada pagi Jumaat iaitu Malaysia Hari Ini (MHI) dan Wanita Hari Ini (WHI).

Selain itu, pelbagai aktiviti dijalankan pada KJH kali ini iaitu peraduan mewarna, kegiatan sukan, booth kesihatan, aktiviti khidmat masyarakat dan booth yang memberikan kelainan dalam pengisian yang lebih kepada kerohanian dan berkonsep islamik, sesuai untuk seisi keluargai iaitu Raudhah, bakal dikendalikan oleh Da’i Syed dan Da’i Luqman.

“Antara tarikan lain yang menjadi pilihan di KJH ialah Bazar Selebriti yang menampilkan selebriti popular, mereka akan menjual pelbagai jenis produk keluaran mereka yang dibawakan khas untuk para pengunjung.

“Selain acara padang yang padat dengan pelbagai keseronokan, pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan hebat oleh barisan penyanyi di Konsert Jom Heboh pada sebelah malam,"katanya.

Konsert Jom Heboh akan menampilkan para peserta kelahiran Mentor Milenia seperti Fareez Fauzi, Qody, Zetty, Along, Syeera serta penampilan istimewa daripada Black pada malam hari Jumaat, manakala pada malam Sabtu pula, Konsert yang dianjurkan oleh radio Hot FM dan Kool FM bakal menampilkan Nastia, Neon, Akim & The Majistreet dan Siti Nordiana.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment