Páginas

Monday 17 November 2014

ADUN Jertih Rai Penerima Anugerah Ibu Tunggal Mithali Peringkat Negeri

 Haji Pehimi bersama isteri menyampaikan cenderahati sempena meraikan Tokoh Maal Hijrah kategori Ibu Tunggal Mithali 1436H.
*****
13 November 2014 (Khamis) - Haji Muhammad Pehimi Yusof selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jertih yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri (EXCO) dan isteri meraikan Tokoh Maal Hijrah Negeri Terengganu kategori Ibu Tunggal Mithali iaitu Puan Safiah @ Fadzilah binti Mohamad yang berasal dari Kampung Tok Raja, Jertih.
Dalam ucapannya, Haji Pehimi berharap Tokoh Maal Hijrah ini dijadikan contoh khas kepada ibu tunggal. Penganugerahan ini menjadi kebanggaan masyarakat khas di DUN Jertih.
Majlis berjalan di Dewan Besar Masjid Hadhari Bandar Jertih.

No comments:

Post a Comment