Páginas

Wednesday 12 November 2014

SPNT Tawar Jawatan Kosong

Oleh: Noraini Jusoh | 11 November 2014 

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) akan mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi kali kedua untuk tahun ini.
Setiausaha SPNT, Ahmad Faris Abdul Razak berkata, ia bertujuan mengisi keperluan di jabatan-jabatan kerajaan negeri di seluruh Terengganu.

“Iklan mengenai kekosongan yang di tawarkan SPNT akan disiarkan melalui akhbar Utusan Malaysia pada 12 November 2014 (Rabu).

“Sebanyak 10 jawatan akan diiklankan merangkumi jawatan di peringkat sijil akademik PMR hingga ke Diploma,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Faris, iklan berkenaan boleh juga diperolehi dengan melayari portal http://spn.terengganu.gov.my mulai tarikh yang sama.

Teganukite

No comments:

Post a Comment