Páginas

Tuesday 18 November 2014

Perkhidmatan Bas Hentian Putra Pindah Ke TBS Bulan Depan

17 November 2014
 Terminal Bersepadu Selatan (TBS)
*****

Perkhidmatan bas ekspres laluan timur dari Hentian Bas Putra (HBP) di Kuala Lumpur akan berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada 1 Disember ini.

Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan Perdana Menteri berkata, perpindahan itu dilaksanakan kerana struktur bangunan HBP tidak selamat digunakan selain mengambil kira faktor keselesaan penumpang bas.

“Keadaan di TBS lebih selesa berbanding HBP kerana ia mudah dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam lain serta mempunyai ruang lebih luas bagi menampung bas yang banyak,” kata bahagian itu dalam kenyataan hari ini.





Teganukita

No comments:

Post a Comment