Páginas

Sunday 23 November 2014

M780,500 Untuk Mangsa Banjir Terengganu

Oleh: Aida Abd Rahman | 22 November 2014

Dato' Ahmad Razif Abd Rahman
*****
Kerajaan negeri akan mengagihkan bantuan ehsan berjumlah RM780,500 kepada 1,561 keluarga mangsa banjir dalam masa terdekat.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, berkata bantuan awal RM500 kepada setiap keluarga yang melibatkan 6,255 orang mangsa itu  tidak termasuk bantuan RM500 daripada Kerajaan Pusat menerusi Majlis Keselamatan Negeri Terengganu (MKN).

“Bayaran akan dibuat dalam masa terdekat kepada mangsaa-mangsa banjir. Mereka juga akan mendapat bantuan ehsan daripada Majlis Keselamatan Negeri sebanyak RM500 selain mungkin juga akan ada bantuan lain lagi yang akan disalurkan melalui agensi-agensi berkaitan.

“Kerajaan negeri bersetuju memberi komitmen dengan menyumbangkan RM500 kepada setiap keluarga sebagai tanda simpati dan ehsan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Taklimat Khas Jawatankuasa Bencana, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Osman Muda;  Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Samiun Salleh dan pemangku Setiusaha MKN Terengganu, Roslina Ngah.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan menilai semula keperluan dan bantuan segera lain yang perlu disediakan kepada mangsa banjir termasuk bantuan pakaian sekolah kepada keluarga yang layak, sebelum sesi baru persolahan 2015 bermula.

“Kita akan mengagihkan segera bantuan pakaian sekolah kepada mereka yang layak dan mereka mungkin akan mendapatnya pada bulan Disember ini,” katanya.

Dalam pada itu, daripada 16 pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak lima hari lalu kini sebahagiannya sudah ditutup berikutan banjir yang pulih selepas cuaca cerah sejak semalam.

Hanya lapan pusat pemindahan yang masih dibuka dengan 1,581 mangsa, masing-masing di Kuala Terengganu (enam) serta masing-masing satu di  Setiu dan Marang.

“Kebanyakan kawasan sudah hampir pulih dan mereka sudah bersedia pulang ke rumah masing-masing.Bagaimanapun mangsa perlu membersihkan kediaman masing-masing sebelum balik dan kita akan menutup pusat pemindahan berkenaan untuk sementara,” katanya.


Teganukita

No comments:

Post a Comment