Páginas

Tuesday 18 November 2014

Komitmen Pelaburan Bernilai RM3.57 Bilion Bakal Diterima ECER

Oleh: Fauzi Mohd | 18 November 2014


Komitmen pelaburan bernilai RM3.57 bilion bakal diterima Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) pada suku keempat tahun ini.
Pelaburan berkenaan dijanjikan 16 syarikat, termasuk lapan penerima manfaat inisiatif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), demikian umum Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) semalam.

“Setakat ini, 29 syarikat di ECER dengan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM646.5 juta telah mendapat manfaat daripada dana fasilitasi Teraju bernilai RM84.1 juta manakala 65 syarikat telah dikenal pasti sebagai syarikat Bumiputera berprestasi tinggi (Teras),” katanya dalam pengumuman sempena mesyuarat suku keempat ECER 2014.

Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Abdul Farid Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John, turut hadir pada majlis berkenaan.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.

Najib, yang juga Pengerusi ECERDC, menyaksikan pertukaran dokumen antara Maybank dan ECERDC untuk menubuhkan Usahawan ECER-Maybank yang akan memberikan bantuan kewangan kepada usahawan tempatan di ECER.

Sebagai permulaan, Maybank dan Maybank Islamic akan memperuntukkan RM100 juta untuk pembiayaan perniagaan manakala ECERDC akan memperuntukkan RM10 juta bagi menampung faedah atau bayaran kadar keuntungan.

Menurut ECERDC, langkah itu dijangka memberi manfaat kepada 2,000 usahawan mikro serta kecil dan sederhana di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing, Johor pada akhir tahun 2015.

Ia berkata kerjasama itu akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia ke-11, yang bermula tahun depan, bagi faedah 6,000 usahawan dalam ECER menjelang 2020.

ECERDC berkata skim itu akan dilaksanakan bulan ini, yang menawarkan empat jenis bantuan kewangan, iaitu Portfolio Jaminan-i PKS, Perniagaan Hartanah PKS Pembiayaan-i, Pembiayaan Micro PKS dan Pembiayaan Mikro Runcit.

Ia berkata Skim Mikro Pembiayaan Runcit ditawarkan secara eksklusif untuk usahawan wanita dengan jumlah pinjaman maksimum RM10,000 manakala skim lain yang ditawarkan jumlah pembiayaan yang berbeza dari RM20,000 hingga RM50,000.

Di bawah skim berkenaan, ia berkata ECERDC akan membayar faedah/caj kadar keuntungan sehingga 50 peratus.

ECERDC, bersama-sama dengan Maybank, merancang untuk menganjurkan aktiviti capaian untuk mempromosikan program ini kepada orang ramai bermula bulan ini.

Selain Skim Keusahawanan ECER-Maybank, ECERDC juga bekerjasama dengan Agrobank dan Sirim Bhd dalam program Usahawan ECER yang telah memberi manfaat kepada 1,365 usahawan di wilayah ekonomi itu setakat ini.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, ECERDC mengumumkan tiga syarikat utama untuk beroperasi dan mengurus projek pertanian komersil berskala besar dalam ECER, iaitu The Holstein Milk Company Sdn Bhd, CSC Integrated Herbal Farm Sdn Bhd, dan Genetic Improvement and Farm Technologies Sdn Bhd (GIFT).

ECERDC berkata The Holstein Milk Compang Sdn Bhd akan melabur RM30 juta untuk mengendalikan dan menguruskan Pusat Inovasi dan Penyelidikan Lembu Muadzam Shah yang dibina ECERDC yang akan mewujudkan 100 petani satelit sebagai sebahagian daripada rangkaian sokongannya.

CSC Integrated Herbal Farm Sdn Bhd pula akan melabur RM20 juta menjelang 2020 untuk mengendalikan dan menguruskan Pembangunan Kluster Bersepadu Herba ECER di Chegar Perah, Pahang dan menanam pelbagai tumbuhan herba.

“Projek ini dijangka akan mewujudkan 36 peladang kontrak dan usahawan dalam kalangan penduduk tempatan, yang mempunyai potensi pendapatan RM5,000 sebulan,” tambahnya.

Satu lagi syarikat utama, GIFT akan melabur RM10 juta untuk meningkatkan dan membangunkan program pembiakan kambing biri-biri yang cekap dan mampan melalui Pusat Inovasi dan Pembiakan Biri-biri Kuala Berang dibina oleh ECERDC di Terengganu.

Sejak 2007, ECERDC telah menarik pelaburan bernilai RM72.26 bilion, mencatatkan 66 peratus daripada sasaran pelaburan ECER berjumlah RM110 bilion pada 2020, dan mewujudkan 73,281 pekerjaan.

Pahang mendahului dari segi pelaburan dengan RM35.23 bilion, diikuti Terengganu (RM24.24 bilion), Kelantan (RM11.17 bilion), dan Mersing (RM1.61 bilion).

Teganukita

No comments:

Post a Comment