Páginas

Sunday 23 November 2014

Program Asyura Komuniti Majlis Daerah Besut

 Haji Pehimi memperkata sesuatu sejurus mengacau bubur Asyura di Medan Selera Jertih.
*****
20 November 2014 - Bertempat di Medan Selera Jertih, sebanyak 20 kawah asyura dimasak. Program julung-julung kali diadakan oleh Majlis Daerah Besut (MDB) dengan kerjasama Ahli-ahli MDB dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Kereta Sewa Besut, Persatuan Penjaja Kecil Daerah Besut, Persatuan Perniaga Medan Selera Jertih dan JKKK Bandar Jertih.
Haji Pehimi sempat meluangkan masa se awal pagi bersama-sama peserta yang menjayakan program ini.

Lebih kurang jam 2.00 petang sebanyak 600 bekas Asyura yang telah diedarkan kepada orang ramai yang lalui dihadapan Medan Selera Jertih disampaikan oleh Encik Mohd Iskandar Jaafar - ADUN Jabi dan Haji Mohd Azmi Arshad - Yang Dipertua MDB.

No comments:

Post a Comment