Páginas

Tuesday 18 November 2014

PM hadir majlis pengumuman pelaburan ECER

18 November 2014 2:08 AM
Najib Tun Razak (tengah) mempengerusikan mesyuarat Pembangunan Najib Tun Razak (tengah) mempengerusikan mesyuarat Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Jebasingam Issace John (tujuh dari kiri) dan Abdul Wahid Omar (enam dari kanan). – BERNAMA
*****
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis pengumuman Pelaburan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Suku Keempat 2014 di Dewan Bankuet di bangunan Parlimen hari ini.

Pada majlis sama, beliau yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) turut menyaksikan sesi pertukaran dokumen perjanjian usaha sama untuk Skim Keusahawanan ECER-Maybank.

ECERDC diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Issace Jebasingam John manakala Kumpulan Maybank oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Farid Alias.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

Terdahulu, Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Kedua ECERDC 2014 di bangunan Parlimen.

Sementara itu, ECERDC menerusi kenyataan yang diedarkan dalam majlis tersebut menjelaskan, skim tersebut memperuntuk dana sebanyak RM110 juta bagi 2,000 usahawan mikro serta usahawan kecil dan sederhana di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing di Johor menjelang penghujung 2015.

Menurutnya, ECERDC akan memperuntuk dana permulaan sebanyak RM10 juta bagi menampung kadar faedah atau keuntungan pinjaman yang dikenakan manakala Maybank menyediakan peruntukan berjumlah RM100 juta untuk pembiayaan perniagaan.

Permohonan hanya dibuka kepada usahawan-usahawan beroperasi di ECER dan mereka yang berminat boleh menghubungi ECERDC atau cawangan Maybank di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing.

Dalam pada itu, ECERDC mengumumkan, ECER berjaya memperoleh komitmen pelaburan baharu bernilai RM3.57 bilion daripada 16 syarikat pada suku keempat tahun ini.

“Lapan daripada 16 syarikat terbabit mendapat manfaat daripada inisiatif kerajaan di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, ECERDC memberitahu, sejak 2007 sehingga kini, ECER telah menarik pelaburan berjumlah RM72.26 bilion dan mewujudkan 73,281 peluang pekerjaan.

“Jumlah pelaburan tersebut merupakan 66 peratus daripada sasaran pelaburan ECER sebanyak RM110 bilion menjelang 2020,” jelasnya.

Utusan

No comments:

Post a Comment