Menteri Besar,Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman (Dua kiri) ketika melancarkan
logo baru ATRA sambil diperhatikan oleh Speaker Dewan Undangan
Negeri,Dato; Mohd Zubir Embong (Kiri) dan Pengarah ATRA,Omar Adam
(Kanan) pada Majlis Pelancaran Penjenamaan APMT kepada Agensi
Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) di Wisma Darul Iman. Oleh: Tg
Syamim Tg Ismail
*****
Kerajaan negeri mengambil inisiatif melakukan penjenamaan semula Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) kepada Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA).Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, berteraskan Tranformasi Terengganu Baharu, ATRA akan memberi fokus kepada mengadakan transformasi untuk masyarakat.
“ATRA akan menjadi satu agensi yang memastikan berlaku perubahan kepada rakyat apabila aspek pembangunan yang dibuat lebih mengutamakan kepentingan rakyat dengan mengunapakai cara lama dalam dimensi baru,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penjenamaan semula APMT kepada ATRA sempena Perjumpaan Menteri Besar Bersama Kakitangan ATRA di Wisma Darul Iman, semalam.
Katanya, ketiadaan agensi yang ditugaskan untuk memberi penerangan tentang pembangunan kerajaan lakukan sebelum ini antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya salah faham dalam kalangan rakyat.
“Kerajaan membuat pembangunan tetapi tidak ada agensi yang ditugaskan untuk memberi penerangan dan juga untuk memberi penjelasan kepada rakyat.
“Kerana itu kita nampak banyak salah faham telah berlaku di antara rakyat menyebabkan satu persepsi yang telah menjejaskan sokongan kepada kerajaan pada pilihan raya lalu,” ujarnya.
Justeru itu katanya, ATRA ditugaskan untuk menjelaskan kepada rakyat tentang pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan.
“Kita mahu mengimbangi pembangunan fizikal dan pembangunan masyarakat dan ATRA dipertanggungjawabkan melaksanakan pembangunan insaniah, pembangunan rohani.
“Sementara pembangunan fizikal akan dibuat oleh agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya,” ujar beliau.
Menurut Ahmad Razif, pembangunan insaniah dan fizikal ini akan digabungkan bagi memberikan satu terjemahan kepada rakyat seterusnya meyakinkan mereka bahawa apa yang kerajaan lakukan adalah untuk kepentingan rakyat.
Katanya, semua 901 orang kakitangan ATRA akan diberi latihan dari semasa ke semasa oleh Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (T-ISSI) berasaskan kepada tiga buku yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini iaitu Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah S.A.W Untuk Pengurusan Organisasi, Membuat Keputusan Kaedah Islam dan Manual Penyelilidikan Secara Islam.
Menurut Ahmad Razif, nama ATRA adalah berasaskan daripada huruf jawi ‘Alif’ , ‘Ta’ dan ‘Ra’ yang diterjemahkan menjadi Islam, Tanah Air dan Rakyat.
Teganukita
No comments:
Post a Comment