Páginas

Monday 17 November 2014

Program Kasih Asyura DUN Jertih

 JKKK Gong Nering mendapat tempat Pertama dalam pertandingan asyura di Program Kasih Asyura DUN Jertih 2014 bergambar dengan Haji Pehimi.
*****
13 November 2014(Khamis) - Bertempat di Masjid Hadhari Bandar Jertih, sebanyak 33 kawah Asyura dibuat mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Agensi Kerajaan dan NGO.

Program sempena sambutan Maal Hijrah 1436 dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Jertih dengan kerjasama KPDNKK Cawangan Besut.
Selain acara membuat Asyura juga diadakan Program Komuniti Luar Bandar dan Taklimat GST bertempat di Dewan Seminar Masjid Hadhari.
Program Kasih Asyura lebih menarik apa diadakan pertandingan Asyura berdasarkan keenakan, kreativiti dan semangat kerjasama antara pasukan yang mengambil bahagian.
Haji Pehimi dalam ucapan semasa majlis penyampaian hadiah memuji semangat yang ditunjukkan meskipun masa yang diberikan singkat.
JKKK Gong Nering dinobatkan sebagai Johan manakala JKKK Jawek Kedua dan KPDNKK Ketiga. Pasukan PDK Jertih diberikan anugerah Khas.

 Haji Pehimi sempat meninjau pasukan yang sedang giat menghias asyura masing-masing.
 
Antara pasukan yang mengambil bahagian sedang tekun mengacau bubur asyura.
JKKK Gong Nering menerima hadiah tempat Pertama
 JKKK Jawek tempat Kedua
KPDNKK Besut tempat Ketiga
 Pasukan JKKK Gong Nering tersenyum puas dengan Asyura dihias kreatif
Kerja-kerja menghias Asyura sebelum diadili
Semangat berpasukan juga diberi pertimbangan oleh pengadil.
Teks: Wan Aziz

No comments:

Post a Comment