Páginas

Tuesday, 17 June 2014

100 Kolej Komuniti beroperasi akhir tahun ini- Idris Jusoh.



Rasmi...Idris sedang melakukan gimik perasmian sambil diperhatikan Pehemi dan Ketua Pengarah Kolej Kominiti (kiri), di Jertih, hari ini.
*****
Oleh: Mohammad Ishak.

KEMENTERIAN Pendidikan mensasarkan 100 Kolej Komuniti akan beroperasi di seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Menteri Pendidikan II, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata, bagi 


 
memenuhi sasasaran itu Sembilan lagi kolej akan dibuka di kawasan Parlimen terpilih seluruh negara.

Katanya, ketika ini 91 Kolej Komuniti termasuk terbaru di Besut sudah beroperasi dengan menawarkan pelbagai kursus kemahiran untuk pelajaran lepasan sekolah menengah dan pesara.
Seorang tenaga pengajar memberitahu sesuatu kepada Idris
*****
Menurutnya, daripada jumlah itu tiga ditubuhkan di Terengganu masing-masing di Kemaman, Kuala Terengganu dan Besut. Beliau berkata, sehingga ini 91.3 peratus pelajar lepas kolej berkenaan sudah mendapat tawaran kerja terutama dalam sektor industri.

“Kejayaan pelajar lepasan kolej mendapat tawaran kerja membuktikan kepercayaan pihak terbabit terhadap keupayaan pelajar dalam bidang kemahiran masing-masing,” katanya.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata demikian ketika berucap merasmikan Kolej Komuniti Besut, di tapak Medan Selera Jertih, hari ini. Hadir sama Ahli Exco Kerajaan Negeri, Muhamad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti,

Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau berkata, pembukaan Kolej Komuniti Besut diharap dapat menlahirkan pelajar berkemahiran tinggi dalam industri minyak dan gas sekali gus memenuhi pasaran kerja dalam industri di bawah seliaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
  
Sumber: http://teganukita.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment