Páginas

Monday 23 June 2014

Piala Parlimen: Jertih Naib Johan

 Haji Pehimi bersama Ketua Pemuda Besut menyaksikan perlawanan akhir
*****
22 Jun - Perlawanan Akhir Kejohanan Bolasepak Piala Parlimen Besut menyaksikan DUN Jertih menjadi Naib Johan setelah tewas 1 - 3 kepada pasukan Hulu Besut. Separuh masa pertama kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 1 - 1.

Johan membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM3,000, manakala Naib Johan wang tunai RM2,000 dan tempat ke tiga dan ke empat RM1,000.
YB. Haji Muhammad Pehimi Yusof - Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Besut turut menyaksikan perlawanan akhir dan seterusnya menyampai piala pusiangan dan hadiah.
Kejohanan anjuran Pemuda UMNO Bahagian Besut dan berlangsung di Padang Bolasepak SMK. Tengku Mahmud II, Alur Lintang.

 Pasukan DUN Jertih bergambar sebelum sepak mula.
 Pasukan Hulu Besut gembira dengan piala kejohanan seteah muncul menjadi johan
 Piala pusingan kejohanan dan hadiah ditawarkan.
Antara tetamu yang hadir memeriahkan lagi perlawanan akhir
Foto: Tarmizi

No comments:

Post a Comment