Lazat...Pehimi
sedang memberitahu sesuatu kepada Chef Wan mengenai masakan yang disediakan
chef itu di Kampung Gong Kemuntong, Besut.
*****
|
Oleh: Mohammad Ishak.
SERAMAI 500 wanita daerah Besut khususnya golongan suri rumah berkongsi pengalaman dalam bidang masakan bersama Chef selebriti dan duta masakan terkenal Malaysia,Dato’ Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan “Chef Wan”.
Mereka dipillih menyertai Program Sajian Al-Barakah anjuran Empower ECER yang berlangsung sehari di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong, dekat Jertih.
Program julung kali diadakan di negeri ini bertujuan memberi kemahiran kepada golongan wanita dalam bidang masakan terutama persediaan resepi yang sesuai untuk hidangan keluarga sepanjang Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Kehadiran Chef Wan mengendalikan program itu menarik
minat peserta mendengar celoteh selain menimba pengalaman baru baru dalam
kaedah menyediakan masakan pada bulan Ramadan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Muhammad Pehimi Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih merasmikan program berkenaan.
Chef Wan menggunakan kesempatan waktu tiga jam untuk mengendalikan program itu dan membuka rahsia bagaimana menjadi tukang masak terkenal dan ia menjadi idola kepada golongan wanita negara ini.
Muhamad Pehimi, ketika merasmikan program itu memuji usahakan yang dilakukan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menerusi Empower ECER menganjurkan program berfaedah itu.
Beliau berharap, pihak terbabit merancang lebih banyak kursus kemahiran untuk golongan wanita khusnya suri rumah dan ibu tunggal bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam pelbagai bidang yang mereka minati untuk diterokai..

Sumber: teganukita.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment