Páginas

Friday 6 June 2014

Exco Kesihatan Melawat Pesakit Sempena Hari Guru

Exco Kesihatan Melawat Pesakit Di Hospital Besut
Exco Kesihatan Melawat Pesakit Di Hospital Besut
SAMBUTAN Hari Guru Peringkat Daerah Besut tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik membabitkan penyertaan golongan berkenaan selain komuniti setempat.
Selain mengadakan sambutan di sekolah yang membabitkan ibu bapa pelajar serta guru, program kunjungan ke rumah guru-guru yang terlantar sakit juga turut diberi perhatian.
Malah, kanak-kanak yang sedang mendapat rawatan di Hospital Daerah Besut juga turut dijadikan salah satu aktiviti luaran dalam usaha mendekati golongan pendidik, masyarakat dan pemimpin.
Pengurusan Hospital Besut hari ini turut menyertai sambutan hari guru dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Negeri ke wad kanak-kanak.
Pada majlis itu seramai 24 kanak-kanak yang sedang di rawat di wad hospital menerima hamper berupa makanan yang disampaikan oleh Muhamad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih.
1010720_1510055472548917_3287840377034593009_n
Turut mengiringi beliau ialah Pengarah Hospital itu, Dr Asmasliza A Rahman serta pegawai kanan Pejabat Pendidikan Daerah Besut (PPDB).
Muhamad Pehimi menghargai tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh PPD Besut yang banyak mengantur program dan menjurus kepada khidmat sosial bersama pelbagai lapisan masyarakat.

No comments:

Post a Comment