Páginas

Friday 6 June 2014

Puteri UMNO Besut kembali ke sekolah.

pelagat1


RAIKAN BERSAMA..Jawatankuasa PIBG dan Puteri UMNO Bahagian Besutbersama guru-guru Sekolah Kebangsaan Pelagat, Jertih, Besut bergambar kenangan ketika meraikan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah itu, kelmarin.
Pelbagai acara diadakan sempena sambutan hari guru itu, antaranya ialah persembahan nasyid, boria, dikir barat, sketsa,silent comedy,sukaneka dan gimik ‘back to school’ diadakan yang membabitkan PIBG dan Puteri UMNO itu.sambutan berakhir dengan nyanyian IM4U oleh jawatankuasa puteri dan penyampaian cenderamata untuk guru2 sekolah tersebut..
Menurut Pengerusi PIBG sekolah itu, Adnan Husin, tujuan diadakan program itu ialah untuk mengenang dan menghargai jasa guru SK Pelagat yang banyak berjasa kepada penduduk kawasan itu pendidikan anak-anak mereka sehingga ramai yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada setiap tahun.
pelagat
Pada program itu juga sebuah kek besar turut disumbangkan kepada guru-guru sekolah terbabit oleh PIBG dan Puteri UMNO itu. Turut diadakan ialah acara sukaneka yang membabitkan guru, PIBG dan Puteri UMNO,untuk menjayakan program tersebut Persiapan selama hampir 2 minggu itu di atur sepenuhnya oleh pergerakan puteri dan PIBG sekolah tersebut.
10390495_1610161429208208_481957592071624844_n

No comments:

Post a Comment