Páginas

Sunday 14 September 2014

Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Rasmi Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut

  Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Besut kali ke-27.
*****

13 September 2014 (Sabtu) - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut kali ke-27 tahun 2014 memberi satu detik sejarah tersendiri apabila Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dapat menyerpurnakan dengan penuh meriah di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, Jertih.
Kira-kira lapan belas bulan sebelum itu, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid telah datang di tempat yang sama untuk melancarkan jentera pilihanraya ke-13 BN Parlimen Besut.
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid dan rombongan yang tiba dari Kota Bharu kira-kira jam 3.00 petang disambut oleh Haji Nawi Mohamad, Ketua UMNO Bahagian Besut dan Jawatankuasa UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri. 
Sambutan dimeriahkan lagi dengan 27 biji pulut semangat oleh wanita dan diarakkan dengan bunga manggar oleh puteri. Diringi oleh alunan muzik tradisional oleh Kumpulan Gamutra, Majlis Kebudayaan Daerah Besut.
Turut hadir Dato' Seri Idris Jusoh - Ahli Majlis Tertinggi/Menteri Pendidikan II, serta Haji Wan Abdul Hakim Tan Sri Haji Wan Moktar - Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

 Menanti ketiba tetamu kehormat
 Kumpulan Gamutra, Majlis Kebudayaan Daerah Besut penyeri majlis.
 Ketiba   Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disambut meriah.
Saf kempimpinan UMNO Bahagian Besut tekun mendengar amanat Naib Presiden UMNO Malaysia.
 
 Laungan Hidup UMNO! bergema dipimpin sendiri oleh Dato' Seri Ahmad Zahid.
 Antara perwakilan memenuhi dewan.

 Ada sesuatu yang menarik diperkata oleh Naib Presiden kepada Ketua UMNO Bahagian Besut.
 
Pulut semangat daripada wanita.
 Haji Pehimi - Setiausaha Bahagian memberi sedikit taklimat sebelum persidangan dimulakan.
 
 
 Pengerusi Tetap dan Timbalannya mengambil tempat untuk memulakan mesyuarat perwakilan ke-27.
  Haji Pehimi membentang kertas-kertas mesyuarat.
 Haji Zahari Mat Din - Jawatankuasa Bahagian bercakap membawa usul perpaduan.
 Puan Noraini Mohd Zin - bercakap bagi menyokong usul perpaduan.
Haji Nawi berucap dalam ucapan tangguhan.
Haji Wan Aziz dan Haji Abd Rani bergandingan menjayakan persidangan 2014.

Foto: Ja Teks: Wan Aziz

No comments:

Post a Comment