Páginas

Monday 8 September 2014

Program Muhibah @ PAWE 2014

 Haji Pehimi memotong riben skrol banting sebagai gimik perasmian program.
*****
7 September 2014 - Haji Pehimi hadir bagi merasmikan Program Muhibah @ Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) 2014 bagi Daerah Besut bertempat di Bangunan Persekutuan Besut, Kg. Raja. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Besut itu menghimpunkan Warga Emas dalam daerah ini.
Pengwujudan PAWE memberi peluang kepada warga emas menjalankan aktiviti dalam komuniti seterusnya dapat tinggal bersama keluarga dalam sesebuah masyarakat. Penglibatan aktiviti PAWE memberi peluang kepada warga emas berinteraksi dan berkomunikasi sesama mereka sekali gus mengelak warga emas  mengalami ‘empty nest’, iaitu perasaan bercampur aduk antara kerisauan, kesedihan dan kekosongan setelah ketiadaan anak-anak di sisi mereka.
Haji Pehimi berucap merasmikan program.
Haji Pehimi Menyampaikan sumbangan kepada warga emas diperhatikan oleh Pengarah Kebajikan Negeri.
Foto: Rakman

No comments:

Post a Comment