Páginas

Sunday, 14 September 2014

Wanita UMNO Besut memiliki van untuk permudahkan aktiviti

 Dato' Seri Idris menyerahkan replika kunci van baru kepada Engku Naimah disaksi oleh Dato' Seri Dr. Ahamd Zahid.
***** 
13 September 2014 (Sabtu) - Pergerakan Wanita UMNO Besut mempunyai alasan tersendiri untuk menyatakan rasa gembira dan keterujaan apabila impian yang sudah lama dan pada hari ini telah menjadi kenyataan. 

Sebuah van baru sumbangan Dato' Seri Idris Jusoh - Ahli Parlimen Besut yang juga Menteri Pendidikan II Malaysia telah disempurnakan dalam majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut kali ke-27. Kunci van baru itu telah disampaikan sendiri oleh Dato' Seri Idris dan disaksikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang merasmikan mesyuarat perwakilan kali ini.
Selepas penyerahan kunci yang diterima oleh Engku Hajah Naimah selaku Ketua ergerakan Wanita UMNO Besu, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid diberi penghormatan untuk menepung tawar van berkenaan. Doa selamat dipimpin oleh Ustaz Wan Mohamad - pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian. 
 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid sedang menepung tawar van baru Wanita UMNO Bahagian Besut.
 
 
 Teruja! Jelas kelihatan bertapa gembira wanita UMNO Besut bergambar kenangan disamping van baru.
Foto: Ja Teks: Wan Aziz

No comments:

Post a Comment