Páginas

Sunday 7 September 2014

Sekitar Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda & Puteri Besut

6 September 2014 (Sabtu) - Hari ini sayap-sayap UMNO Bahagian Besut telah berjaya melaksanakan tanggungjawabnya. Pada sebelah pagi Pergerakan Wanita melangsungkan mesyuarat tahunannya di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong telah disempurnakan perasmian oleh YB. Tuan Haji Nawi Mohamad - Ketua UMNO Bahagian Besut.
Haji Pehimi dan isteri bergambar kenangan dengan sebahagian perwakilan Wanita UMNO Besut. ***** 
Pergerakan Puteri Bahagian melangsungkan mesyuaratnya di Dewan Nurul Ehsan, Bangunan UMNO Besut di Jertih. Saudari Cik Haryaty Hamdzah - Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah merasmikannya.
 Barisan kepimpinan Puteri UMNO Bahagian Besut.
Sebahagian Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Besut yang hadir.
  Saudari Cik Haryaty Hamdzah sedang berucap merasmikan mesyuarat Puteri UMNO Besut 2014.
Tengku Zaihan selaku wakil UMNO Bahagian menyampaikan ucapan tangguhan.
*****
Pergerakan Pemuda mengadakan mesyuaratnya pada sebelah malam di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong yang dirasmikan oleh Saudara Jamawi Jaafar - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia.
 Barisan kepimpinan Pemuda UMNO Besut dan Saudara Jamawi bersemangat menyanyi lagu UMNO dan Ikrar Pemuda di majlis perasmian.
Haji Nawi Mohamad - Ketua UMNO Bahagian mengikuti dengan khusyuk ucapan
Saudara Jamawi Jaafar yang merasmikan mesyuarat perwakilan pemuda.
Barisan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Besut.
Teks: Wan Aziz

No comments:

Post a Comment