Haji Pehimi menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada calon-calon STPM 2014 bagi Daerah Besut dan Setiu.
*****
20 September 2014 - Bagi meringan dan member rangsangan kepada calon-calon STPM 2014 kerajaan Negeri Terengganu bermurah hati memberi sumbangan sebanyak RM1,000.
Calon-calon bagi Daerah Besut dan Setiu telah menerima sumbangan ini yang disampaikan oleh Haji Pehimi Yusof - Exco Kerajaan Negeri yang juga ADUN Jertih bertempat di Dewan SM. Imtiaz, Padang Landak, Jertih.
Dalam ucapannya Haji Pehimi menasihatkan pelajar-pelajar supaya tekun serta meneruskan kecemerlangan pendidikan bagi Negeri Terengganu. Beliau juga berharap pelajar-pelajar berhemat menggunakan wang sumbangan untuk tujuan berfaedah.
Atas: Haji Pehimi sedang menyampaikan ucapan dan nasihat kepada pelajar. Bawah: Sebahagian daripada calon-calon STPM 2014 Besut dan Setiu yang menerima bantuan.
Foto: BN Jertih. Teks: Wan Aziz
No comments:
Post a Comment