Páginas

Monday 15 September 2014

PM Pecah Tanah Hospital UniSZA Khamis Ini

Oleh: Aida Abd Rahman | 14 September 2014
Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak
*****
Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dijangka mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada 18 September (Khamis) ini.
Beliau dijangka tiba di lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu, pada jam 2 petang.
Sejurus tiba, beliau akan ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk Perasmian Majlis Pecah Tanah Hospital UniSZA, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.
Sehubungan itu, orang ramai diminta memeriahkan sambutan ketibaan Perdana Menteri di LTSM dan majlis di UniSZA berkenaan.

Teganukite

No comments:

Post a Comment