Páginas

Wednesday 10 September 2014

Fitnah ADUN Bukit Payong : MB Buat Laporan Polis

Oleh: Aida Abd Rahman : 9 September 2014

Ahmad Nidzam menunjukkan laporan polis berkitan fitnah terhadap Menteri Besar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah.
*****
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan  yang disebarkan pihak pembangkang menerusi media sosial  yang sedang diperkatakan kini, mengenai pembelian bangunan di Asrama Mansurah di Mesir  pada 2010.
Laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Khas Menteri Besar, Ahmad Nidzam Abd Karim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, pada  jam 1 petang.
Turut serta, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Rusdi Muda dan Setiausaha Akhbar, Ahmad Fauzan Abdul Kadir.
Dalam laporan itu menyebut, pada 2 September lalu, satu laman sosial Facebook  yang berdaftar menggunakan Roslan Bin Abdullah memuat naik status berunsur fitnah dan hasutan terhadap Ahmad Razif.
Status berkenaan mendakwa satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  telah dibuat terhadap Ahmad Razif (ketika itu Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri) berkaitan pembelian sebuah bangunan asrama di Mesir pada 2010 yang berharga kira-kira USD 6 Juta dan pada masa yang sama Kerajaan Kelantan turut membeli bangunan yang serupa dengan nilai USD 3 juta.
Ahmad Nidzam berkata, laporan itu dibuat selepas mendapati terdapat tiga fitnah terhadap Menteri Besar, pertama menerusi facebook Roslan Bin Abdullah, kedua menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada orang awam daripada nombor yang tidak dikenali dan ketiga menerusi Youtube yang memaparkan petikan ceramah Ambang Merdeka  oleh ADUN PAS Bukit Payong,  Mohamad Nor Hamzah.
Ceramah oleh Ketua Penerangan Pas Terengganu itu yang dimuatnaik ke Youtube yang berdurasi 28 minit 40 saat  dan menyentuh isu tersebut di Pekan Batu Enam, Kuala Terengganu pada  30 Ogos lalu.
“Fitnah dibuat terhadap Menteri Besar berkenaan pembelian asrama pelajar Mansurah di Mesir oleh kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita sejurus membuat laporan itu.
Beliau kemudiannya menjelaskan, kenyataan lanjut mengenai isu itu dijangka akan dibuat oleh Menteri Besar esok.

Teganukite

No comments:

Post a Comment